7.29.2010

Saya bercerita



Saksikanlah persembahan bercerita saya bersama Khairul.

Kami menyampaikan cerita ini semasa Majlis Pembukaan Rasmi Beacon minggu lalu.

Ramai yang tertarik dengan persembahan kami. Saya suka lagu yang diselitkan dalam cerita Hang Nadim ini. Saya berlatih dengan bersungguh-sungguh agar suara saya jelas dan tidak sumbang. Penat juga berlatih untuk majlis ini. Namun pengalaman ini tidak boleh saya lupakan. Inilah kali pertama saya bercerita di hadapan ramai orang. Seram juga, tetapi seronok!

Inilah kisah dahulu kala
Singapura dilanggar todak
Nasib hang nadim otak geliga
Menjadi mangsa hasad durjana.



Bagus ke tidak persembahan kami?

Tiada ulasan: