Encik Imran sendiri seorang juara silat antarabangsa. Sekarang dia menjadi pelatih silat untuk memberi perangsang dan ilmu kepada pesilat-pesilat cilik seperti saya.
7.23.2010
silat
Semalam, saya dan kawan-kawan saya berlaja 'Silat'. Saya belajar di sekolah. Saya hendak berlaja bersilat dengan kawan-kawan
saya. Saya suka belajar bersilat supaya saya boleh jaga diri saya. Silat juga merupakan senaman yang baik dan salah satu sukan yang digemari ramai orang di Singapura.
Encik Imran sendiri seorang juara silat antarabangsa. Sekarang dia menjadi pelatih silat untuk memberi perangsang dan ilmu kepada pesilat-pesilat cilik seperti saya.
Encik Imran sendiri seorang juara silat antarabangsa. Sekarang dia menjadi pelatih silat untuk memberi perangsang dan ilmu kepada pesilat-pesilat cilik seperti saya.
7.22.2010
Teka Teki
7.20.2010
Kawan baik saya
Nama kawan baik saya ialah Martin, Raziq dan Khairul. Saya mengenali mereka di sekolah. Kami sudah berkawan selama tiga tahun.
Kami sering berbual, makan dan bermain bola sepak semasa waktu rehat di sekolah. Saya suka berkawan dengan mereka kerana mereka tidak sombong dan baik hati. Mereka selalu menolong saya. Contohnya, semasa saya terlupa membawa kotak pensel mereka akan meminjamkan pensel mereka kepada saya. Bila saya sakit, mereka akan melawat saya di rumah. Mereka akan membawa hadiah seperti belon, coklat dan buah-buahan untuk saya. Saya menerimanya dengan senang hati. Saya pula selalu menolong mereka dalam pelajaran seperti bahasa Melayu dan Inggeris. Kami berasa seronok semasa bermain bola sepak bersama kerana ia merupakan sukan kegemaran kami. Saya berharap hubungan kami akan berpanjangan.

7.15.2010
Bahasa kita
Kami harus menggunakan bahasa yang baik. Kalau kita tidak menggunakan bahasa kita suatu hari bahasa kita akan pupus dan tidak ada makna.
7.14.2010
Lidah Terbelit
1) Topi tepi pokok kopi ada api.
2) Saya suka cuka dan kicap.
3) Kambing ambil lembing lembik untuk halau kerbau yang berbau.
4) Kakak ku kata, kuku kaki ku kotor. Ku kikis kuku kotor kaki ku.
Baca dengan cepat. Cuba lah...Jangan malu dan segan.

7.13.2010
Pemainan mencari cucu.
Semalam, saya dan kawan-kawan saya bermain permainan mencari cucu. Kami harus membuat bulat. Kemudian 'nenek' harus menutup mata dengan sapu tangan. Kalau 'nenek' teka orang yang betul, orang itu akan menjadi 'nenek' pula.
7.07.2010
PANTUN DALAM UCAPAN
Hari ini saya belajar bagaimana hendak
gunakan pantun dalam ucapan.
Bacalah.
Sekian sahaja ucapan saya pada hari ini.
Sebelum saya mengundur diri, izinkan saya
ungkapkan serangkap pantun.
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Kami budak baharu belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Jumpa lagi.
Bagaimana kawan-kawan, bagus tak?

Langgan:
Catatan (Atom)