2.23.2009
Di pejabat
Pada hari Sabtu , saya ikut ayah ke pejabatnya di Orchard Road. Sebelum masuk ke pejabat ayah saya mengunakan kad dan menekan kata laluan dan kami pun masuk. Di dalam ada banyak komputer dan saya boleh main komputer. Kawan ayah saya memberi saya ais krim. Eee.. sejuknya!...... Kemudian kami pergi ke kantin. Saya makan epok - epok kentang. sedap!.... Kami pulang pada pukul satu. Saya harap saya boleh kerja di sana kerana saya boleh makan ais krim hari- hari!
Tahun Baru Cina
Pada Tahun Baru Cina saya pergi ke rumah Jeremy dan memberi bungkusan coklat dan manisan kepadanya. Jeremy ialah anak kepada rakan ibu saya. Kemudian ibunya memberi saya hongbao dan sebakul limau mandarin kecil yang manis. Kami berasa gembira kerana kami dapat hadiah.
12.10.2008
Genting Highland
Saya pergi ke Genting Highland semasa cuti sekolah. Saya ke sana dengan keluarga saya. Saya ke sana untuk menaiki 'roller coaster' yang laju seperti roket. Ini ialah kali pertama saya menaiki 'roller coaster' kerana ada had tinggi untuk menaikinya. Ramai juga orang dewasa yang pekik ketakutan apabila menaiki 'roller coaster' itu. Saya suka ke sana kerana ada bermacam-macam permainan yang boleh saya m
enaiki. Saya berasa seronok apabila menaiki semua permainan itu.
Arnab Saya
Saya pergi ke Colmar Tropicale di Bukit Tinggi Resort. Di sana ada Taman Arnab. Saya juga dapat memberi makan kepada arnab-arnab. Arnab-arnab di sana sungguh jinak dan manja. Mereka melompat-lompat ke arah saya. Bulu arnab lembut dan saya mendokongnya. Saya bermain-main dengan arnab. Saya nampak anak arnab yang berumur satu bulan hingga empat bulan. Meraka sangat kecil dan comel. Anak-anak arnab itu tidur di dalam kandang bersama ibun
ya. Saya gembira dapat pergi ke sana!
11.23.2008
Cita-cita saya
Cita-cita saya ialah menjadi seorang juruterbang. Saya suka melihat kapalterbang yang besar. Saya juga boleh pergi ke negeri-negeri yang belum pernah saya lawati. Saya harus belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya. Saya juaga boleh membantu orang-orang yang kurang bernasib baik dengan menderma makanan dan wang simpanan saya.
11.05.2008
Hari Raya
Saya bawa kuih coklat chip ke sekolah untuk makan dengan kawan baik saya bernama Kent dan Martin pada waktu rehat. Nak tahu apa yang terjadi? Semua kawan-kawan saya berebut untuk makan kuih saya. Mereka menyuruh saya membawanya lagi esok kerana mereka suka kuih saya.
9.16.2008
Labah-labah saya
Di sekolah, kami akan baca buku Inggeris tentang seekor labah-labah. Puan Fadilah menyuruh saya dan kawan-kawan saya membawa seekor labah-labah yang boleh dimakan. Lihatlah labah-labah saya.
Ini pula labah-labah yang dibuat oleh kawan-kawan sekelas dengan saya. Seramkah? Selerakah?



Labah Labah V2
View SlideShare presentation or Upload your own.
Ini pula labah-labah yang dibuat oleh kawan-kawan sekelas dengan saya. Seramkah? Selerakah?
Langgan:
Catatan (Atom)