Saya pergi ke Genting Highland semasa cuti sekolah. Saya ke sana dengan keluarga saya. Saya ke sana untuk menaiki 'roller coaster' yang laju seperti roket. Ini ialah kali pertama saya menaiki 'roller coaster' kerana ada had tinggi untuk menaikinya. Ramai juga orang dewasa yang pekik ketakutan apabila menaiki 'roller coaster' itu. Saya suka ke sana kerana ada bermacam-macam permainan yang boleh saya menaiki. Saya berasa seronok apabila menaiki semua permainan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan