7.20.2010

Kawan baik saya


Nama kawan baik saya ialah Martin, Raziq dan Khairul. Saya mengenali mereka di sekolah. Kami sudah berkawan selama tiga tahun.

Kami sering berbual, makan dan bermain bola sepak semasa waktu rehat di sekolah. Saya suka berkawan dengan mereka kerana mereka tidak sombong dan baik hati. Mereka selalu menolong saya. Contohnya, semasa saya terlupa membawa kotak pensel mereka akan meminjamkan pensel mereka kepada saya. Bila saya sakit, mereka akan melawat saya di rumah. Mereka akan membawa hadiah seperti belon, coklat dan buah-buahan untuk saya. Saya menerimanya dengan senang hati. Saya pula selalu menolong mereka dalam pelajaran seperti bahasa Melayu dan Inggeris. Kami berasa seronok semasa bermain bola sepak bersama kerana ia merupakan sukan kegemaran kami. Saya berharap hubungan kami akan berpanjangan.

7.15.2010

Bahasa kita

Kami harus menggunakan bahasa yang baik. Kalau kita tidak menggunakan bahasa kita suatu hari bahasa kita akan pupus dan tidak ada makna.

7.14.2010

Lidah Terbelit

1) Topi tepi pokok kopi ada api.
2) Saya suka cuka dan kicap.
3) Kambing ambil lembing lembik untuk halau kerbau yang berbau.
4) Kakak ku kata, kuku kaki ku kotor. Ku kikis kuku kotor kaki ku.

Baca dengan cepat. Cuba lah...Jangan malu dan segan.

7.13.2010

Pemainan mencari cucu.

Semalam, saya dan kawan-kawan saya bermain permainan mencari cucu. Kami harus membuat bulat. Kemudian 'nenek' harus menutup mata dengan sapu tangan. Kalau 'nenek' teka orang yang betul, orang itu akan menjadi 'nenek' pula.

7.07.2010

PANTUN DALAM UCAPAN

Hari ini saya belajar bagaimana hendak
gunakan pantun dalam ucapan.
Bacalah.

Sekian sahaja ucapan saya pada hari ini.
Sebelum saya mengundur diri, izinkan saya
ungkapkan serangkap pantun.


Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Kami budak baharu belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.


Jumpa lagi.

Bagaimana kawan-kawan, bagus tak?

6.18.2009

biskut untuk hari bapa





Resepi untuk membuat biskut chocolate cookies.


1) Satu paket tepung

2) Mentega

3) Sebiji telur
















Masukkan mentega dan telur dan gaul rata.






Aturkan acuan biskut di atas dulang pembakar.

Masukkan di dalam ketuhar dan bakar selama 8 minit.







Inilah biskut chocolate cookies saya. Rasanya enak dan rangup. Tentu bapa saya suka. Saya akan hadiahkan biskut ini untuk Hari Bapa pada hujung minggu ini. Selamat Hari bapa untuk papa....






































6.02.2009

Menonton wayang

Pada hari Sabtu saya menonton wayang 'Monsters vs Aliens'. Saya suka 'Monsters' kerana mereka sangat kelakar dan baik hati. Susan menjadi besar seperti gergasi apabila batu daripada angkasalepas jatuh keatasnya. Susan merasa sedih apabila dia dipersendakan oleh teman lelakinya.
Alien daripada angkasa lepas datang untuk menghapuskan bumi dan Susan. Susan dan kawan-kawan 'Monsternya' melawan Aliens. Akhirnya mereka dapat menewaskan Aliens dan agkasa lepasnya. Keluarga Susan sangat gembira dan bangga.