12.10.2008

Genting Highland






Saya pergi ke Genting Highland semasa cuti sekolah. Saya ke sana dengan keluarga saya. Saya ke sana untuk menaiki 'roller coaster' yang laju seperti roket. Ini ialah kali pertama saya menaiki 'roller coaster' kerana ada had tinggi untuk menaikinya. Ramai juga orang dewasa yang pekik ketakutan apabila menaiki 'roller coaster' itu. Saya suka ke sana kerana ada bermacam-macam permainan yang boleh saya menaiki. Saya berasa seronok apabila menaiki semua permainan itu.

Arnab Saya




Saya pergi ke Colmar Tropicale di Bukit Tinggi Resort. Di sana ada Taman Arnab. Saya juga dapat memberi makan kepada arnab-arnab. Arnab-arnab di sana sungguh jinak dan manja. Mereka melompat-lompat ke arah saya. Bulu arnab lembut dan saya mendokongnya. Saya bermain-main dengan arnab. Saya nampak anak arnab yang berumur satu bulan hingga empat bulan. Meraka sangat kecil dan comel. Anak-anak arnab itu tidur di dalam kandang bersama ibunya. Saya gembira dapat pergi ke sana!