Sudut Qayyum
3.26.2011
Peraduan bercerita di RI
Semalam, pada Jumaat 25/3/2011 saya dan khairul pergi ke Raffles Institution untuk peraduan bercerita "Singapura Di Langgar Todak". Kami pergi ke sana dengan manaiki teksi bersama guru saya Cikgu Alfidah. Di sana ada 26 sekolah bertanding bercerita. Saya berasa teruja apabila Hyrul Anuar menjadi salah satu pengadilnya. Semua perseta hebat-hebat belaka. Saya harap saya dan khairul akan memasuki pertandingan akhir kelak.
Earth hour
Saya dan lampu suluh saya.
Pada hari sabtu, 26/3/2011 pada pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam ialah Earth Hour. Kami sekualaurga menutup electrik-electrik di rumah. Kami tindak menonton TV, dan memadamkan lampu. Saya menggunakan lampu suluh untuk mendapatkan cahaya. Keadaan di rumah saya gelap gelita. Pada pukul 9.00malam merasa kepanasan. Saya hendak menghidupkan kipas angin tetapi ibu menyuruh menggunakan kipas angin kertas. Pada pukul 9.30malam saya terus menghidupkan kipas angin dan terus tidur. Kami sudah berjaya menyelamatkan bumi kita.
7.29.2010
Saya bercerita
Kami menyampaikan cerita ini semasa Majlis Pembukaan Rasmi Beacon minggu lalu.
Ramai yang tertarik dengan persembahan kami. Saya suka lagu yang diselitkan dalam cerita Hang Nadim ini. Saya berlatih dengan bersungguh-sungguh agar suara saya jelas dan tidak sumbang. Penat juga berlatih untuk majlis ini. Namun pengalaman ini tidak boleh saya lupakan. Inilah kali pertama saya bercerita di hadapan ramai orang. Seram juga, tetapi seronok!
Inilah kisah dahulu kala
Singapura dilanggar todak
Nasib hang nadim otak geliga
Menjadi mangsa hasad durjana.
Bagus ke tidak persembahan kami?

7.27.2010
Majlis Pembukaan Rasmi Beacon
Pada 23 Julai 2010, sekolah saya mengadakan majlis pembukaan rasminya. Sekolah Rendah Beacon dibuka rasmi oleh tetamu hormat, Pemangku Menteri Penerangan Komunikasi dan Kesenian Singapura.Murid-murid dan guru-guru sibuk membuat persediaan berbulan-bulan sebelum hari itu. Lihatlah laporan berita 'RAZORTV' mengenai majlis pembukaan ini.Lihatlah betul-betul. Persembahan bercerita saya dan Khairul juga dipaparkan.
http://www.razor.tv/site/servlet/segment/main/news/51210.html
http://www.razor.tv/site/servlet/segment/main/news/51210.html
Batik
Pada minggu lepas, saya dan kawan-kawan saya membuat batik. Kami menggunakan kain kapas untuk mengwarnakan batik. Kami harus menggunakan warna yang terang. Kalau kita tidak menggunakan warna yang terang, gambar yang hendak kita hendak cat tidak akan jadi cantik.
Saya juga mengenal pasti kosa kata yang sesuai untuk bercerita tentang membuat batik.
7.25.2010
7.24.2010
Permainan Tradisional
Permainan Tradisional ialah permainan zaman kanak-kanak dahulu seperti chapteh, batu serembat, guli dan banyak lagi. Saya suka bermain chapteh kerana ianya mudah untuk saya bermain. Saya boleh menyepak dengan kaki atau pun melambungkan dengan tangan. Chapteh dibuat daripada bulu ayam. Kanak-kanak boleh bermain bersama kawan-kawan.
Satu lagi permainan alat muzik yang saya suka ialah seruling. Ia dibuat daripada buluh. Ia boleh ditiup dan mengeluarkan bunyian yang merdu. Bunyinya seperti burung yang berkicauan. Apabila saya meniup seluring saya, burung akan mendekati saya.
Di sekolah, saya cuba bermain dengan permainan tradisional yang cikgu bawa. Ikutilah slaid-slaid saya ini.

Langgan:
Catatan (Atom)