11.23.2008

Cita-cita saya


Cita-cita saya ialah menjadi seorang juruterbang. Saya suka melihat kapalterbang yang besar. Saya juga boleh pergi ke negeri-negeri yang belum pernah saya lawati. Saya harus belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya. Saya juaga boleh membantu orang-orang yang kurang bernasib baik dengan menderma makanan dan wang simpanan saya.

11.05.2008

Hari Raya

Saya bawa kuih coklat chip ke sekolah untuk makan dengan kawan baik saya bernama Kent dan Martin pada waktu rehat. Nak tahu apa yang terjadi? Semua kawan-kawan saya berebut untuk makan kuih saya. Mereka menyuruh saya membawanya lagi esok kerana mereka suka kuih saya.

9.16.2008

Labah-labah saya

Di sekolah, kami akan baca buku Inggeris tentang seekor labah-labah. Puan Fadilah menyuruh saya dan kawan-kawan saya membawa seekor labah-labah yang boleh dimakan. Lihatlah labah-labah saya.
Labah Labah V2
View SlideShare presentation or Upload your own.


Ini pula labah-labah yang dibuat oleh kawan-kawan sekelas dengan saya. Seramkah? Selerakah?



7.24.2008

Penkek

Minggu lalu, ibu membuat penkek untuk sarapan. Lihat penkek saya.

7.23.2008

Potong, Hiris, Cincang dan Dadu

Hari ini, saya belajar tentang makna potong, hiris, cincang dan dadu. Cikgu tunjukkan kepada saya dan kawan-kawan. Cikgu gunakan pisau, epal, lobak dan jambu air. Selepas itu, saya cuba potong, hiris, cincang dan dadu dengan pisau plastik dan platisin.

potong


hiris


cincang


dadu

7.22.2008

Saya tanya Cef Bob.












1) Sejak bilakah Cef Bob suka memasak?
Sejak umur saya 8 tahun. ( Eh, saya 7 tahun! )

2 ) Kenapa Cef Bob suka memasak?
Sebab saya suka makan. ( Saya pun!)

3) Apakah yang Cef Bob suka makan?
Ayam. ( Saya suka Nasi Beryani. )

4 ) Kalau saya hendak jadi cef, apakah yang saya harus buat?
Belajar di sekolah rendah, sekolah menengah dahulu. Lepas itu, belajar di sekolah memasak.
Tolong emak di dapur. ( Ok. )




7.20.2008

Cef Bob baik!



Kawan-kawan, saya jumpa Cef Bob pada hari Sabtu lalu.





Mula-mula saya malu. Tapi Cef Bob buat saya ketawa.

Dia buatkan saya minuman 'Cokelat Cino'. Sedapnya...

Tapi, saya tidak akan lupakan bila dia bawa saya ke dapurnya. Saya gembira sangat. Dia ajar saya buat ' Cokelat Cino'.





Saya tanya Cef Bob.
Chef Bob tuliskan nota ini untuk saya :









Dia memang baik dan kelakar. Ha, ha,ha.