Di sekolah, kami akan baca buku Inggeris tentang seekor labah-labah. Puan Fadilah menyuruh saya dan kawan-kawan saya membawa seekor labah-labah yang boleh dimakan. Lihatlah labah-labah saya.
Hari ini, saya belajar tentang makna potong, hiris, cincang dan dadu. Cikgu tunjukkan kepada saya dan kawan-kawan. Cikgu gunakan pisau, epal, lobak dan jambu air. Selepas itu, saya cuba potong, hiris, cincang dan dadu dengan pisau plastik dan platisin.
1) Sejak bilakah Cef Bob suka memasak? Sejak umur saya 8 tahun. ( Eh, saya 7 tahun! )
2 ) Kenapa Cef Bob suka memasak? Sebab saya suka makan. ( Saya pun!)
3) Apakah yang Cef Bob suka makan? Ayam. ( Saya suka Nasi Beryani. )
4 ) Kalau saya hendak jadi cef, apakah yang saya harus buat? Belajar di sekolah rendah, sekolah menengah dahulu. Lepas itu, belajar di sekolah memasak. Tolong emak di dapur. ( Ok. )
Saya pergi ke Taman Herba yang dekat dengan rumah saya. Di sana ada banyak pokok dan tumbuh-tumbuhan. Saya nampak pokok pisang, pokok betik, daun pandan, daun ubi, daun keledak dan tebu. Tebu boleh dijadikan jus. Rasanya manis. Daun lidah buaya banyak gunanya. Saya suka bunga matahari kerana ia cantik.
Saya suka menonton rancangan ' Cef Jr'. Cef Bob pandai memasak. Saya hendak menjadi cef sepertinya. Ibu kata dia akan bawa saya ke restoran Cef Bob. Tidak sabar...