3.26.2011

Peraduan bercerita di RI




Semalam, pada Jumaat 25/3/2011 saya dan khairul pergi ke Raffles Institution untuk peraduan bercerita "Singapura Di Langgar Todak". Kami pergi ke sana dengan manaiki teksi bersama guru saya Cikgu Alfidah. Di sana ada 26 sekolah bertanding bercerita. Saya berasa teruja apabila Hyrul Anuar menjadi salah satu pengadilnya. Semua perseta hebat-hebat belaka. Saya harap saya dan khairul akan memasuki pertandingan akhir kelak.

Earth hour










Saya dan lampu suluh saya.

Pada hari sabtu, 26/3/2011 pada pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam ialah Earth Hour. Kami sekualaurga menutup electrik-electrik di rumah. Kami tindak menonton TV, dan memadamkan lampu. Saya menggunakan lampu suluh untuk mendapatkan cahaya. Keadaan di rumah saya gelap gelita. Pada pukul 9.00malam merasa kepanasan. Saya hendak menghidupkan kipas angin tetapi ibu menyuruh menggunakan kipas angin kertas. Pada pukul 9.30malam saya terus menghidupkan kipas angin dan terus tidur. Kami sudah berjaya menyelamatkan bumi kita.