6.18.2009

biskut untuk hari bapa





Resepi untuk membuat biskut chocolate cookies.


1) Satu paket tepung

2) Mentega

3) Sebiji telur
















Masukkan mentega dan telur dan gaul rata.






Aturkan acuan biskut di atas dulang pembakar.

Masukkan di dalam ketuhar dan bakar selama 8 minit.







Inilah biskut chocolate cookies saya. Rasanya enak dan rangup. Tentu bapa saya suka. Saya akan hadiahkan biskut ini untuk Hari Bapa pada hujung minggu ini. Selamat Hari bapa untuk papa....






































6.02.2009

Menonton wayang

Pada hari Sabtu saya menonton wayang 'Monsters vs Aliens'. Saya suka 'Monsters' kerana mereka sangat kelakar dan baik hati. Susan menjadi besar seperti gergasi apabila batu daripada angkasalepas jatuh keatasnya. Susan merasa sedih apabila dia dipersendakan oleh teman lelakinya.
Alien daripada angkasa lepas datang untuk menghapuskan bumi dan Susan. Susan dan kawan-kawan 'Monsternya' melawan Aliens. Akhirnya mereka dapat menewaskan Aliens dan agkasa lepasnya. Keluarga Susan sangat gembira dan bangga.

3.28.2009

Saya seekor kucing

Saya ialah seekor kucing berwana hitam. Umur saya dua tahun. Hari-hari saya pergi ke kedai kopi untuk mencari makanan.

Pada suatu hari ada seorang perempuan tua memberi makanan kepada saya. Dia kesihan melihat saya lalu membawa saya pulang ke rumahnya. Nama perempuan itu ialah Mak Timah.

Pada suatu petang Mak Timah jantuh sakit. Saya mengiau- ngiau meminta tolong.
Jiran Mak Timah terdengar dan datang ke rumahnya. Dia membawa Mak Timah berjumpa doctor.

Semejak hari itu Mak Timah sangat sayang kepada saya. Saya diberi nama Hero kucing!

2.23.2009

Di pejabat

Pada hari Sabtu , saya ikut ayah ke pejabatnya di Orchard Road. Sebelum masuk ke pejabat ayah saya mengunakan kad dan menekan kata laluan dan kami pun masuk. Di dalam ada banyak komputer dan saya boleh main komputer. Kawan ayah saya memberi saya ais krim. Eee.. sejuknya!...... Kemudian kami pergi ke kantin. Saya makan epok - epok kentang. sedap!.... Kami pulang pada pukul satu. Saya harap saya boleh kerja di sana kerana saya boleh makan ais krim hari- hari!

Tahun Baru Cina

Pada Tahun Baru Cina saya pergi ke rumah Jeremy dan memberi bungkusan coklat dan manisan kepadanya. Jeremy ialah anak kepada rakan ibu saya. Kemudian ibunya memberi saya hongbao dan sebakul limau mandarin kecil yang manis. Kami berasa gembira kerana kami dapat hadiah.