7.24.2008

Penkek

Minggu lalu, ibu membuat penkek untuk sarapan. Lihat penkek saya.

7.23.2008

Potong, Hiris, Cincang dan Dadu

Hari ini, saya belajar tentang makna potong, hiris, cincang dan dadu. Cikgu tunjukkan kepada saya dan kawan-kawan. Cikgu gunakan pisau, epal, lobak dan jambu air. Selepas itu, saya cuba potong, hiris, cincang dan dadu dengan pisau plastik dan platisin.

potong


hiris


cincang


dadu

7.22.2008

Saya tanya Cef Bob.












1) Sejak bilakah Cef Bob suka memasak?
Sejak umur saya 8 tahun. ( Eh, saya 7 tahun! )

2 ) Kenapa Cef Bob suka memasak?
Sebab saya suka makan. ( Saya pun!)

3) Apakah yang Cef Bob suka makan?
Ayam. ( Saya suka Nasi Beryani. )

4 ) Kalau saya hendak jadi cef, apakah yang saya harus buat?
Belajar di sekolah rendah, sekolah menengah dahulu. Lepas itu, belajar di sekolah memasak.
Tolong emak di dapur. ( Ok. )




7.20.2008

Cef Bob baik!



Kawan-kawan, saya jumpa Cef Bob pada hari Sabtu lalu.





Mula-mula saya malu. Tapi Cef Bob buat saya ketawa.

Dia buatkan saya minuman 'Cokelat Cino'. Sedapnya...

Tapi, saya tidak akan lupakan bila dia bawa saya ke dapurnya. Saya gembira sangat. Dia ajar saya buat ' Cokelat Cino'.





Saya tanya Cef Bob.
Chef Bob tuliskan nota ini untuk saya :









Dia memang baik dan kelakar. Ha, ha,ha.

7.19.2008

Taman Herba


Saya pergi ke Taman Herba yang dekat dengan rumah saya. Di sana ada banyak pokok dan tumbuh-tumbuhan. Saya nampak pokok pisang, pokok betik, daun pandan, daun ubi, daun keledak dan tebu. Tebu boleh dijadikan jus. Rasanya manis. Daun lidah buaya banyak gunanya. Saya suka bunga matahari kerana ia cantik.

7.17.2008

Ingin Berjumpa Cef Skuter

Saya suka menonton rancangan ' Cef Jr'. Cef Bob pandai memasak. Saya hendak menjadi cef sepertinya. Ibu kata dia akan bawa saya ke restoran Cef Bob. Tidak sabar...

7.15.2008

Hari Keharmonian Kaum

Semalam sekolah saya menyambut Hari Keharmonian Kaum. Saya melihat cara-cara membuat makanan Melayu, Cina dan India. Ada stesen membuat epok-epok, ladu atau 'dumpling' dan murukku.

7.08.2008

Robot Saya


Nama robot saya ialah Buzzy Buddy. Buzzy Buddy dibuat daripada kotak dan barang terpakai. Buzzy Buddy temankan saya bila saya memasak . Saya suka Buzzy Buddy kerana ia sangat comel dan lucu. Saya suka telinganya yang bulat.

Pesta Aiskrim




Hari ini ada pesta aiskrim di kelas saya. Guru saya, Puan Fadilah, membawa aiskrim. Saya dan kawan-kawan saya bawa banyak bahan. Ada ceri, sirap cokelat, krim, kacang dan lain-lain lagi.

Aiskrim kami berwarna-warni.

7.06.2008

Bubur Caca Bandung

Saya juga cuba buat bubur caca bandung bersama ibu.


7.03.2008

Piza Qayyum

Pada cuti sekolah yang lalu, saya membuat piza.



Helo. Hobi saya ialah memasak.

Nama saya Qayyum. Saya murid darjah 1. Nama sekolah saya Sekolah Rendah Beacon. Saya gemar memasak.